1) Niat
- Berapa ramai di kalangan kita belajar kerana mudah bekerja dan mengumpul harta dunia nanti dengan sekeping pengiktirafan ijazah?
- Berapa ramai pula yang belajar untuk menunjukkan diri lebih alim daripada orang lain?
- Berapa ramai pula yang belajar untuk menjadikan dirinya dipuji dan dihormati?
- Berapa ramai pula di kalangan kita yang belajar untuk mencari-cari kesalahan ulamak terdahulu?
- Berapa ramai yang belajar untuk mencari bukti bahawa pendapat aku sahaja yang betul sedangkan amalan ummat Islam di Malaysia sebenarnya salah belaka?
- Berapa ramai pula menutut ilmu tanpa diniatkan langsung untuk balik ke tempat masing-masing bagi berjuang menegakkan Islam?
2) Memilih guru
- Berapa ramai di kalangan kita yang tidak berhati-hati memilih guru lantas belajar dengan orang yang tidak betul pemikirannya?
- Berapa ramai di kalangan kita yang belajar dengan guru yang tidak menjaga adab sebagai guru (mengutuk sana sini, mencerca alim ulamak, tidak berakhlak dalam kata-kata mahupun perbuatan dsb.)?
- Berapa ramai di kalangan kita belajar sesuatu ilmu bukan dari ahlinya (belajar Feqh dari jurutera, belajar hadis dari ahli bahasa dsb.)?
-Lebih teruk lagi, berapa ramai pula yang belajar tanpa guru? Membaca sana dan sini, lalu mengambil fahaman sendiri daripada penulisan ulamak.
3) Mengagungkan ilmu dan ulamak
- Berapa ramai dari kita yang mengetahui cara mengagungkan ilmu yang disebutkan oleh para ulamak terdahulu?
- Berapa ramai di kalangan kita yang tidak menghormati kitab ilmu?
- Berapa ramai di kalangan kita yang meletakkan ilmunya sendiri di tempat yang rendah, lalu dengan mudah boleh dijual beli dengan kepentingan dunia?
- Berapa ramai pula yang tahu adab sebagai seorang murid tetapi tidak tahu atau tidak mempraktikkan ada sebagai guru?
- Berapa ramai yang tidak pula tahu membezakan antara meletakkan ilmu di tempat yang tinggi dengan takabbur atau menghina diri?
- Berapa ramai pula tidak beradab dengan para ulamak agung, lalu diletakkan ulamak itu setaraf dengannya dalam pemikiran dan pemahaman dengan alasan mereka jua manusia yang tidak maksum?
- Berapa ramai di kalangan kita yang terpengaruh dengan kalam beberapa kerat ulama su' pada hari ini yang dengan lantang mengkritik ulamak silam, lalu merasa sangsi dengan para ulamak itu?
- Berapa ramai di kalangan kita yang bermulut celupar mengutuk deretan ulamak yang sudah lama mengorbankan diri untuk perjuangan Islam?
- Berapa ramai pula yang bermulut celupar terhadap para ulamak terdahulu dan dengan sesedap hati mengatakan ulamak terdahulu sesat, melakukan bid’ah, berfalsampah dalam bab Aqidah, dan pelbagai lagi kata nista?
Apabila kita nilai semula semua persoalan di atas, tentu sekali kita akan menjawab, “terlalu banyak.” Maka tidak hairanlah apabila kita dapati terlalu banyak orang yang ingin mendalami ilmu agama, akan tetapi jauh tersasar dari kebenaran, barakah tiada, manfaat juga sirna, lalu tidak dapat menegakkan yang haq.
Jelaslah pada kita betapa pentingnya adab dalam menuntut dan menyebarkan ilmu. Tiada adab, nescaya tersalah jalanlah kita. Salah jalan bermakna sesat. Kalau orang yang belajar agama pun boleh sesat, bagaimana pula dengan yang tidak mahukan agama.
KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU
“Dan tidaklah patut bagi orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); maka, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari setiap puak di antara mereka, untuk mendalami ilmu agama, dan untuk mengajar kaumnya apabila mereka kembali kepadanya; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga.”(Surah al-Taubah: Ayat 122)
Allah Taala menyuruh hambaNYa untuk menuntut ilmu demi untuk maslahah kehidup an di dunia dan akhirat. Bahkan ayat pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W ialah berkaitan dgn membaca dan ia sememangnya berkaitan rapat dengan penambahan ilmu.Hanya dengan ilmu kita akan mengenali dan beriman kepada Allah Taala.
Dengan ilmu juga kita dapat melaksanakan segala amalan dan menjalani kehidupan ini dengan sempurna dan teratur. Dengan ilmu juga kita dapat membantu orang lain yang memerlukan. Dengan ilmu juga kita akan mengenali diri kita, mengetahui tujuan kita dijadikan, apa tujuannya dan ke mana tujuan akhir kita sebagai hambaNya.Apa jua bidang kerjaya termasuk bekerja sendiri memerlukan kepada ilmu dan pengetahuan yang mendalam.
Amatlah rugi mereka yang malas belajar, mensia-siakan waktu muda dengan berpoya-poya, sedangkan pada hari ini, terlalu ramai para guru sedia berkhidmat untuk mengajar dan menambahkan ilmu pengetahuan kita.
jelasnya , ilmu adalah sgt penting dalam semua bidang demi kesejahteraan. ilmu agama juga amat penting dalam kehidupan seseorang Musklim, kerana hanya dengannya, kita dapat mengenali pencipta dan menyempurnakan hak kehambaan kepadanya.