Al-QURAN FLASH

Monday, 1 June 2015

FAHAMI APA ITU SAKA

MENGENALI AMALAN BERSYARAT YANG DIDAMPINGI KHADAM BAGI MENGHASILKAN HAJAT

Beramal atau menerima ilmu secara Ijazah, Sumpah, Mubaiah, Susuk, Pemasuk, yang bertujuan untuk mencari luar biasa atau mencarik adat, sakti, hebat, pemanis, penunduk, penggerun, kebal, dihormati dan lain-lain perkara yang tidak dapat dilakukan manusia biasa.

Beramal atau menerima ilmu amalan yang kena marah atau dimarahi menjadi ilmu yang dihajati sehingga menjadi tanasikul arwah (menurun) iaitu pen jelmaan rohani Jin secara nyata atau sembunyi yang mendakwa Panglima, Tok, Syeikh, Wali atau Nabi

Beramal atau menerima ilmu hanya dengan berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampi, mentera, wafaq, Azimat, Talipinggang, Keris, Batu, Kayu atau benda-benda tertentu atau berpegang kepada adat atau upacara tertentu seperti upacara mendirikan rumah baru, menurunkan perayu layer, kenduri tolak bala, upacara persandingan, mengandung dan melahirkan bayi, adat meninggal dunia dan selepas kematian, upacara membuka gelanggang silat, pertua-petua khurafat yang disangka mempunyai kuasa tertentu yang boleh mendatang manfaat atau mudharat.

Beramal atau menerima ilmu yang meletakkan pantang larang yang sama dengan hukum Islam atau patuh pada perjanjian atau syarat.

1.1. Perjanjian / Syarat yang harus dalam hukum syarak.
Jamuan Pulut Kunig/Bertih,Ayam panggang,Bubur Putih, hijau, kuning, merah, Memakai pakaian atau hiasan tertentu

1.2. Perjanjian / Syarat yang sunat dalam hukum syarak
Ziarah maqam atau pusara tertentu, Puasa pada hari tertentu

1.3. Perjanjian / Syarat Wajib dalam hukum Syarak
Sembahyang tertentu dalam waktu tertentu, Wirid, Doa, mentera tertentu dalam waktu tertentu,Pantang larang dalam melakukan zina atau minum arak

1.4. Perjanjian / Syarat yang haram dalam hukum syarak
Tidak boleh sembahyang
Tidak boleh membaca Bismillah dan Selawat Nabi
Semblihan bukan kerana Allah
Menyemah darah pada gelanggang silat
Tidak boleh mandi wajib
Menulis wafaq dengan darah haid

Tidak tahu asal usul ilmu yang dipelajari atau tidak mempelajari ilmu dan amal daripada ulama mu’tabar yang dipercayai ilmunya. Sebaliknya menerima ilmu dewngan tiada berguru. Mengambil dari dalam mimpi dari dalam buku, mengambil daripada mereka yang terputus salasilah dengan guru di atasnya atau berguru, dengan orang jahil, zalim, fasik, kafir, rahib, tok batin dan sami.

MENCARIK ADAT

1. Mukjizat – Untuk Para Rasul dan Nabi
2. Karomah – Untuk Para Wali
3. Istidraj – Untuk orang Fasik, kafir, Tukang Sihir, Pengamal amalan bersyarat yang
didampingi khadam jin.
4. Irhas – Untuk para Nabi sebelum menjadi Rasul
5. Mau’nah – Untuk Orang awam yang soleh
6. Ihanah – Untuk orang Fasik

ASAL USUL SAKA

Pengamal amalan bersyarat bermaksud amalan serta mematuhi syarat perjanjian dengan golongan jin atau disebut pendamping, khadam, pengapit, penfasuh, saudara tunggal, puteri, syeikh, tok nenek, panglima, hulu baling serta pelbagai gelaran lain. Amat dikenali sebagai saka baka dikalangan pewaris keturunan. Pengamal Amalan
bersyarat yang
didampingi khadam Jin - Kegunaan Amalan;

1. Perubatan dan Kedukunan
2. Seni mempertahankan diri
3. Hikmah kebatinan
Keturunan, susur galur atau salasilah dari kedua-dua belah pihak terdahulu yang diketahui atau tidak diketahui pernah dan telah mengamalkan apa-apa bacaan mentera, wirid, jampi, doa, ilmu, mewarisi senjata pusaka, wafaq, tangkal, azimat, pakaian keturunan atau hiasa, apa-apa peninggalan turun temurun serta patuh kepada syarat dan perjanjian yang harus, sunat, wajib atau haram pada hukum syarak. SAKA
Jin yang menjadi khadam kepada amalan bersyarat yang ditinggalkan oleh pengamalnya selepas kematian PUSAKA
Harta benda yang ditinggalkan seperti senjata lama, barang perhiasan, alat permainan, pakaian istiadat, yang didampingi khadam selepas kematiannya

PEWARIS KETURUNAN

1. Pewaris mungkin tidak mengetahui amalan dan syarat perjanjian keturunan
2. Pewaris berkemungkinan mengetahui syarat dan perjanjian keturunan tetapi tidak mahu melaksanakannya kerana menyedari amalan syarat dan perjanjian keturunannya adalah suatu yang syirik dan khurafat

KESAN KEPADA PEWARIS DAN KELUARGA

Mendapat kesusahan, bencana, penyakit semasa masih hidup, di saat kematian dan sesudah mati.
KETURUNAN YANG SERINGKALI MENGHADAPI GANGGUAN SAKA

RAJA, PANGLIMA, HULU BALANG, TOK BOMOH, TOK DUKU, TOK PAWANG, TOK MUDIN, TOK BIDAN, GURU SILAT

TANDA-TANDA PENYAKIT YANG DIWARISI KETURUNAN ATAU GANGGUAN SAKA.

TAHAP GANGGUAN
PERMULAAN

1. Kerap sakit tengkuk/belikat dan selalu merasa letih, tak larat dan malas
2. Was-was / pelupa
3. Keresahan tanpa sebab, berdebar-debar, gementar, darah gemuruh, seram dan diselubungi oleh perasaan takut
4. Bersangka buruk
5. Panas baran
6. Kurang keceriaan diri, kurang penyerlahan diri serta tidak terpandang dalam organisasi maupun pekerjaan
7. Cemburu buta

PERTENGAHAN

Penyakit yang pelik dan ganjil yang tidak dapat dikesan punca asalnya atau penyakit-penyakit biasa yang gagal diubati secara tahsinul aqli
Mimpi-mimpi indah yang tidak menjadi kenyataan atau mimpi ngeri yang menakutkan
Mimpi minta diadakan kenduri arwah, perasap kemiyan dan jamuan ancak
Halangan atau lewat jodoh
halangan dalam pekerjaan yang diceburinya, menuntut ilmu dan mengerjakan ibadah
Perangai-perangai buruk yang sukar dibuang
Pertelingkahan rumahtangga dan pergaduhan antara keluarga

AKHIR

Mudah terkena rasukan
Keguguran
Mandul ( bukan atas sebab beradat, kemalangan teruk atau aktif bersukan)
Kitaran haid yang tidak mengikut aturan
Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali atau menyebabkan anak menjadi khunsa hasil tumpangan jin semasa bersetubuh
Hilang bayi dalam kandungan selepas 6 bulan keatas
kemurungan/Gila

GANGGUAN DIAMBANG SAKRATUL MAUT

Dalam tempoh 44 hari sebelum kita kembali kerahmatullah adalah dikira sebagai diambang sakratulmaut. Kesakitan yang dideritai pesakit sudah cukup memilukan ahli keluarga. Lazimnya pihak hospital akan menasihati keluarga supaya dibawa pulang kerumah. Ahli keluarga juga faham samada penyakit yang dideritai itu ‘ sakit tua ‘ atau penyakit yang tidak dapat dikesan punca asalnya sebelum ini. Di saat inilah ahli keluarga merasakan inilah masa untuk menjaga dan melayan ahli keluarga mereka sebaik mungkin. Namun ada yang menyedari atau alpa dengan masalah gangguan saka kerana menyangka penyakit yang dideritai adalah atas sebab-sebab biasa.